Tuesday, May 14, 2013

Apa itu Manjakani?

Nama Tempatan:Pokok Manjakani(mempening)
Nama Saintifik:Quercus infectoria Oliv
Nama Lain:Alleppo oak,downy oak, gal oak, manjaan, majakan,jenuri,kani, cympsgailae tinctoria semen(nama fasmaseutikal), maju/majuphul(nama avurveda)
Famili:Fagaceae/cupuliferae





Ramai yang beranggapan bahawa manjakani adalah sejenis buah yang dihasiklan oleh pokok manjakani.Sebenarnya manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil.Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan. 
Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan.Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok yang sedang kita bincangkan ini iaitu pokok mempening.
Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Di sesetengah tempat, bijinya yang telah direbus dan dikeringkan dan dikisar hingga menjadi tepung dan dijadikan bahan untuk memekatkan rebusan dan sup(seperti kegunaan tepung jagung) dan juga di campur bersama tepung gandum dan dijadikan roti.Bijinya yang telah dipanggang dan dikisar boleh dijadikan minuman untuk menggantikan kopi.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria.

No comments:

Post a Comment